Percutian Ke Perth WA Australia- PART 3

Uish lama gile masa nk sambung entry part 3 percutian ke Perth ni. Almaklumla busy mengalahkan perdana menteri kan.. Ok lets straight to the point.

So hari ke 3 ni kiteorng decide nak pergi Fremantle Market. Kebetulan Fremantle ni ramai orang weekend je, kebetulan hari ni Sabtu, so memang kiteorng target nk serang sini dulu.

As usual, tunggu CAT Bus depan hotel untuk ke main train station , Perth Station. Sampai dekat station perth kiterong pun beli ticket to Fremantle, but jgn silap, ada 2 station Fremantle si situ adik2..Satu North Fremantle and satu lagi Fremantle which is last station untuk Fremantle line. So beli ticket untuk ke station Fremantle.

 

Tunggu CAT Bus.. Hari Sabtu mmg jalan lengang je kt sini plus its still early

Tunggu CAT Bus.. Hari Sabtu mmg jalan lengang je kt sini plus its still early

Yellow CAT Bus route

Yellow CAT Bus route

Untuk merancang perjalanan yg lebih efektif, korang boleh la menyemak jadual tren Frematle Line kat sini.  Station Perth kira macam central station yg korang boleh pergi memana. So pastikan korang berada di terminal yg betul okeh.. Memandangkan Fremantle Station is last station, so seat back n relax, enjoy the view. Perjalan mengambil masa dalam 30 min and akan stop dekat 12 station kat bawah ni

  1. 09:00 PM – Perth Station (Stop No: 99007)
  2. 09:02 PM – City West Station (Stop No: 99202)
  3. 09:04 PM – West Leederville Station (Stop No: 99212)
  4. 09:06 PM – Subiaco Station (Stop No: 99222)
  5. 09:07 PM – Daglish Station (Stop No: 99232)
  6. 09:09 PM – Shenton Park Station (Stop No: 99242)
  7. 09:11 PM – Loch Street Station (Stop No: 99262)
  8. 09:13 PM – Claremont Station (Stop No: 99282)
  9. 09:16 PM – Grant Street Station (Stop No: 99302)
  10. 09:18 PM – Cottesloe Station (Stop No: 99312)
  11. 09:20 PM – Mosman Park Station (Stop No: 99322)
  12. 09:21 PM – Victoria Street Station (Stop No: 99332)
  13. 09:23 PM – North Fremantle Station (Stop No: 99342)
  14. 09:26 PM – Fremantle Station (Stop No: 99352)

Sepanjang perjalanan  dlm train tu pemandangan biasa2 je until sampai kat Station North Fremantle. Kat sini korang dah boleh nampak laut nan biru, kapal2 besar berlabuh, kapal kontena parking dan pelbagai kapal lagi.. Ada gak area pantai untuk beriadah and mandi manda.

Pemandangan sekitar perjalanan ke Fremantle.. Tu dia kapal-kapal besar dah nampak

Pemandangan sekitar perjalanan ke Fremantle.. Tu dia kapal-kapal besar dah nampak

Station North Fremantle

Station North Fremantle

Lebih kurang 30 min perjalanan kami pun sampai di station Fremantle. Sampai-sampai je macam blur ke mana arah nk di tuju.. Last2 tanya pakcik counter macam mana nk pergi E-Shed Market. Rupenya dekat belakang station ni jew.. lol.. Ingat kene naik bus bagai tadi.

Fremantle Station

Fremantle Station

Jom pergi E-Shed Market!

Jom pergi E-Shed Market!

DSCF8079

Kene cross trek ni untuk pergi E-Shed Market. Dont worry ada trek perjalan kaki disediakan 😉

DSCF8078

On the way to E-Shed.. I fall in love with Fremantle. Tengok la langit biru, aman damai je jalan raya die. Bangunan, rumah and office kat sini pon semua so classy and architecture die memang awesome. OMG can i retire here?

Tu diaaa.. Nampak dah e-Shed Market yg famous tu.. dekat giler uols from Fremantle Station tu,, Ketiak pun x sempat berpeluh. Huhu

Tu diaaa.. Nampak dah e-Shed Market yg famous tu.. dekat giler uols from Fremantle Station tu,, Ketiak pun x sempat berpeluh. Huhu

Fremantle ni actiually is a major Australian port city in Western Australia, located at the mouth of the Swan River. Sebab tu korang akan nampak banyak kapal2 parking dekat sini and korang boleh naik ferry untuk ke Perth City. Kot2 la nak kelainan. OK so perjalanan di teruskan lagi. Kiterong sampai tu agak awal, baru 9.30 am macam tu, so kedai pun tak bukak lagi.. So lets checked it out kawasan sekitar Fremantle port ni.

DSCF8086

Jetty O’Conner

DSCF8085

Kalau korang drive datang sini, leh park betul2 depan entrance E-Shed market. Rasanya kene bayar, tapi x sure la berapa.

DSCF8088

Fremantle Port

DSCF8089

Fremantle Port

DSCF8092

Suasana pagi di Fremantle Port. Nampak macam terik, tapi angin die kuat okeh

DSCF8095

Adik ni maybe tengah tunggu ferry untuk cruise

 

OK lets continue.  Disebabkan kami datang terlampau awal, perut pon berkeroncong sbb belum proper breakfast lagi. Actually kami ada nampak 1 cafe yang dah bukak betul2 kat depan O’Coornor Landing sign  tu tapi macam di ragui kehalalan nye..Haha.. So jalan lagi jumpe satu breakfast cafe ni betul2 tepi E-Shed Market. Rasanya cafe ni owned by Indonesian sebab ada lunch menu Indonesia kat dalam menu die. Kiterong pun try masuk. Dapat hot chocolate satu pun layannn.

E- Shed Market

Operation Hours: 9am-5pm
Every Friday, Saturday and Sunday

Ape E- Shed Market ni? Ha ni la syurga membeli belah barang Aussie souvenirs. Yela dah datang sini, for sure nk cari selai dua t shirt Aussie, key chain and macam-macam lagi la..kat sini ada 2 kedai yg paling famous di kalangan pelancong malaysia.  Satu Megabes and satu lagu Aussin. Actually both kedai pun  offered best price, but kalau korang rajin leh le compared both kedai punya price before shopping. But for me kedai Megabes ni hospitality die dasyat haha..Big boss Megabes ialah Chinese Singaporean Mr Simon dan Aussin dimiliki oleh pasangan dari Indonesia.

 

Breakfast view.. Kan best kat KL view macam ni..Confirm rajin datang opis. Sigh!

aussin

Antara kedai yang terdapat die dalam E-Shed Market. Macam-macam adaaaa

Fridge magnet. 3 biji AUD10. Antara barang yang wajib beli

Fridge magnet. 3 biji AUD10. Antara barang yang wajib beli

 

Baju baju yang murah normally produced kat China, but the design is from Australia. Baju yang made in Australia selalynya agak mahal sket

Baju baju yang murah normally produced kat China, but the design is from Australia. Baju yang made in Australia selalynya agak mahal sket

Haih, shopping sakan ke kak? sampai terduduk.Haha.. Memang korang pon akan pening bila datang sini.. Semua benda pon rasa nk beli. Tak caya mai la try datang sini. Sure nafsu shopping mebuak-buak. Kami bayak shopping t-shirt dekat kedai Megabes sebab owner die sangat la helpful bila nak cari size baju. And paling best, walaupon dah punggah bagai nak rak, dieorng rilek je, x marah pon.. Siap ckp nak beli brang, memang kene pilih betul2=-betul. ha, dasatkan hospitality Megabes ni

Haih, shopping sakan ke kak? sampai terduduk.Haha.. Memang korang pon akan pening bila datang sini.. Semua benda pon rasa nk beli. Tak caya mai la try datang sini. Sure nafsu shopping mebuak-buak. Kami bayak shopping t-shirt dekat kedai Megabes sebab owner die sangat la helpful bila nak cari size baju. And paling best, walaupon dah punggah bagai nak rak, dieorng rilek je, x marah pon.. Siap ckp nak beli brang, memang kene pilih betul2=-betul. ha, dasatkan hospitality Megabes ni

Kaili’s Fish & Chips

FREMANTLE FISHING BOAT HARBOUR
46 MEWS RD, FREMANTLE WA
OPEN 7 DAYS, 8AM TIL LATE

Setelah bertungkus lumus mengharungi list barang shopping, sedar tak sedar dah pukul 12 tengah hari. Patut la perut berkeroncong. Hai nama pun perempuan kan. Kalau dah shopping memang lupa segalanya. So kiterong decide untuk makan fish and chips yang terkenal dekat Fremantle ni. Apalagi kalau bukan Kaili’s Fish & Chips. Sebelum gerak ke sana, kiterong dah tanya uncle Megabes tu, die ckp dekat je dalam 10 min je jalan kaki. So kami dengan confident nya la memulakan langkah dengan bantuan google map. Jalan punya jalan, map ni bawak kiterong lalu satu jalan ni, which is tepi pantai. Uiks bia betik?! Uncle tadi kata jalan die ikut jalan raya je. Ok xpe kami pun ikut je la jalan tepi pantai tu walaupun kasut habis dengan pasir. Nak jalan pun susah nak oi. Pasir die macam jerlus. Haha..banyangkan la dengan membawa hasil barangan shopping yang maha berat, pastu merentas tepi pantai yang jerlus itu..adoii #facepalm.

Ni la pantai yang google maps bawak kiterong tu.. Pantai die pon xde la bersih sangat. Banyak dahan-dahan pokok kering.Pastu banyak seagul ni dok cari makan.

Sambil jalan sambil membebel dekat google maps ni. Kaki memang x yah cakap la penat ya ampun sebab bershopping sakan selama 3 jam tadi. Jalan punya jalan akhirnya ketemu jugak dengan Kaili’s. Arghh..serbuuu.. lapar siot.

Masa tu mmg sorang pesan sepinggan sorang. Padahal, before ni aku memang ada buat research pasal portion fish n chips dekat Kaili’s ni, sepinggan tu memang leh share 2 orang. Tapi dek nafsu lapar menyelubungi diri, maka amek kau, order sepinggan sorang! Last last, sekoq2 x habis.. Besarrrrr ok portion die.. Ha tu la tamak! xpe bungkus la buat lauk dinner nanti.  😛

 

Best betul suasana kat sini. Makan tepi laut. Tapi ada je hat pengacau dok terbang dengan harapan nk curi makanan orang. Apelagi, beware of seagul! Haha..

Ramai gilak orang.. Ye la weekend kan.. Lunch time plak time tu..But dont worry. Akan ada punya seat kosong.

Ada 2 seat dekat Kaili’s ni. Nak aircond bleh pilih duduk kat dalam. Kalau nak rasa angin sepoi2 bahasa, duduk la dekat luar.

Ha ni la portion die. Dalam gambar memang nampak x besar. Kalau tepek kat depan muak mau penuh satu muka. Pastu dieorang punya cedok fries memang la x kedekut. Selagi paper plate tu muat, deieorng akan cedok lagi fries letak dalam tu. Ya ampun, kelaparan bangat time ni.. Makannnnn

Yang aku order ni traditional fish and chips. Memamg lazat berkrim. Ikan die memang juicy and fries yang gebu-gebu. Lama gak kiterong lepak kat Kailis’ untuk merehatkan kaki.

Pukul 4 petang kiterong pun bergerak balik. Time ni xmo percaya kat google maps dah. Haha, main ikut kata hati je jalan ikut jalan raya..and surprisingly sampai jugak akhirnya ke Fremantle Station. and lagi dekat! So tips untuk korang, tok sah percaya sangan google maps. haha. Penat tau lalu tepi pantai tu!

Kaki dah penat, perut dah penuh, mata pun dah berat.. Jom balik hotel.. ZZzzzz

Permandangan jalan balik ke Fremantle Station.. Fremantle, im in love <3

Permandangan jalan balik ke Fremantle Station.. Fremantle, im in love ❤

DSCF8219DSCF8204

 

Nak tau apa yang kiterong buat untuk hari ke 3 di Perth? Disebabkan aku terlampau obses dengan kecantikan dan kedamaian badar Fremantle, kiterong repeat Fremantle Part 2 okay! Haha.. So lets explore Frematle more on Percutian ke Perth – Part 4. Stay tuned!

 

Read full Perth story disini:

1- https://kamikakitravel.wordpress.com/2015/06/03/perth-wa-australia-part-1/
2- https://kamikakitravel.wordpress.com/2015/06/04/percutian-ke-perth-wa-australia-part-2/
3- https://kamikakitravel.wordpress.com/2015/07/19/percutian-ke-perth-wa-australia-part-3/
4- https://kamikakitravel.wordpress.com/2015/07/20/percutian-ke-perth-wa-australia-part-4/
5- https://kamikakitravel.wordpress.com/2016/01/21/percutian-ke-perth-wa-australia-part-5/
6- https://kamikakitravel.wordpress.com/2016/01/22/shopping-di-perth-cbd-fremantle/
7- https://kamikakitravel.wordpress.com/2016/01/27/caversham-wildlife-park-cervantes-pinnacles-desert-perth/
8- https://kamikakitravel.wordpress.com/2016/02/03/kings-park-botanical-garden-perth/

 

2 thoughts on “Percutian Ke Perth WA Australia- PART 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s