Percutian 2 Hari ke Sydney Australia- Day 1

Hari ke 2, as per our plan, hari ni kiteorang akan fly ke Sydney. Actually memang tak budget pun nak pergi Sydney, tapi masa tu ada nampak promo Tiger Airways ni AUD 115 return per person. So ape lagi tanpa fikir panjang terus booked. Haha. Lgpun ada masa 10 hari kat Aussie ni, so ok la kan.

So malam tu , pukul 3am dah gerak naik Sky Bus untuk ke Domestic Airport Melbourne. Pastikan korang jangan confius dengan airport Melbourne ni. Domestic Airport and International Aiport die 2 lokasi yang berbeza. Same goes to Sydney Airport. Yang best nya naik Sky Bus ni, die akan lalu kedua-dua airport still dengan harga yang sama AUD18. Jimat la dari naik cab kan.

 

Sampai kat airport terawal pulak. Waktu check-in pukul 5 so kiterong pun duduk je la dalam airport tu dulu. Kat sini semua urusan di jalankan dengan konsep self servis. Maksudnya , korang boleh print boarding pass sendiri menggunakan mesin check in yg belambak kt terminal tu. If korang ada check in luggage, boleh terus masukkan luggage kan dalam luggage machine tu the automatically nanti dia akan keluarkan tag untuk luggage dan haruslah di lekatkan pada luggage korang supaya xde la hilang nanti. Walaupun semua self service, tapi korang jangan risau, ada je 2-3 orang staff die yang standby dekat counter in case korang tak reti nk start macam mana.

DSC02803

Ni la mesin slef check in tu and boleh terus print boarding pass in case korang dah buat web check in or mobile check in.

20151215_044720OK dah boleh print boarding pass. Lets go bebeh.

Melbourne  ke Sydney, lebih kurang 1 Jam 45 Min. So masa ni lah kiteorang amek masa untuk tidur. Ye la tadi pagi bangun punya la awal sebab tak nak lewat ke airport.. Zzzzz

DSC01222

masa ni pukul 5.30am macam tu kot tapi dah teranngg

20151215_080943

OK dah sampai Sydney

Ayuh teruskan perjalanan. Kalau ikutkan itinerary kiterong , hari ni kiteorang akan meronda-ronda bandar Sydney. Lepas dah settle urusan kat airport, dekat exit arrival hall akan ada shuttle kaunter. Kat sini korang boleh la beli ticket shuttle untuk ke city. Harga die  AUD 19 per head. Shuttle ni akan send korang direct dekat hotel. Tapi kiterong tak nak check in hotel dulu, so kiterong just cakap nak turun dekat  Darling Harbour.

Tempat Menarik di Sydney

Kalau nak Sight-seeing around the city, korang boleh la listkan tempat-tempat di bawah kat dalam itinerary korang. Kira ni macam things to do in Sydney dalam masa 2 hari di sini.

1- Darling Harbour
2- Circulay Quay
3- Eurika Tower
4- Queen Victory Building
5- Royal Botanic Garden
6- Sydney Opera House
7- The Rock
8- Hay Market
9- Paddy’s Market

Actually ni kali ke 2 aku dah jejak Sydney, so rasa-rasa jalan2 tu masih ingat lagi la. Lepas shuttle tu turunkan kiterong dekat Darling Harbour, misi seterusnya ialah mencari makan. Laparr wei, dari pukul berapa tak makan. Jalan punya jalan, nampak Nick’s Seafood Restaurant ni terus lepak makan fish n chips.

DSC01224

Ni la lunch kiteorng hari tu. Kalau x silap harga sepinggan dalam AUD 13.50. Quite mahal makan kat Sydney ni tapi layan je la kan..kata holiday.lol

DSC01234

Andddd, kat sebelah Nick’s Cafe ni plak ada Lindt Chocolate Cafe.. Ape lagi, terus order Dark chocolate milk shake. memang layan gilaa

DSC01248

Tu diaaa..memang layannn gila.

DSC01227

View kami ketika menjamu selera.

DSC01230

Kat sini memang bersepah seagull. Nama pun dekat harbour kan. So kalau korang lepak makan kat sini, orang restaurant memang akan bg bird deterrent ni. Just aim and shoot! lol

DSC01235

View lagi

OK jom layan beberapa gambar lagi sekitar Darling Harbour

DSC01242DSC01251DSC01253DSC01254DSC01256DSC01258DSC01260DSC01239

 

Habis makan, patutnya misi kami ialah naik Ferry terus ke Circulay Quay, tapi masa tu ya ampun cuaca panass sangat dan tersungguh terik. Memang tak mampu la mak nak hadap cuaca macam tu untuk feeling feeling and selfie dalam ferry nanti. So always have plan B when you travel. Ye la itinerary tu just untuk reference. Takde la sampai tahap wajib ikut.

Last2 kami decide untuk jalan ke Queen Victoria Building dulu. Lepas tgk dalam google map, tak de la jauh mana, dalam 10 mins je jalan kaki. Tapi disebabkan laluan berbukit semput gak la kan nk sampai ke sana. Haha. Sampai je depan QVB layan gambar lagi.

DSC01264DSC01266DSC01267DSC01270DSC01271DSC01273DSC01275

Jalan-jalan area sini , keluar masuk price line. Cuaca plak makin panas + dengan tak cukup rest memang rasa letih gila. Last2 kiteorng just decide untuk check in hotel dulu and get some rest. Sampai je Aarons Hotel terus Zzzzz.. panas sampai x boleh nak buat ape. Bangun2 dah malam..Haa terus perut pun berbunyi kriuk kriuk. Waduhh dah malam, memang la xde kedai yang bukak lagi kan. Ye la dekat Aussie ni semua tutup paling lambat pun pukul 5.30pm. Tapi kiterng decide gak nk keluar cari makan area hotel. Disebabkan area hotel kiterong ni dekat ngan China Town, so lucky la agak meriah gak malam. Still ada lg restaurant buka. Masa on the way ke hotel siang tadi pun dah nampak ada satu thai restaurant ni and HALAL. So siap-siap mandi semua terus cari balik restaurant tadi. Fuhhh, nasib la bukak lagi and still meriah.

Sampai je time order, terus rambang mata, semua benda pun nak order. Ye la lapar tahap gaban ok. Last2 kiteorng decide untuk order, tom yam, ayam barbecue, ayam masak merah and telur dadar. Sekali makanan datang ha amek kau..sampai tak cukup meja nk letak. Sila la beringat ya, ni oversea, portion makanan dieorang sangatla besar. Terbeliak mata kau tgk makanan penuh satu meja.. Dah la 2 orang je pun. hahah..Nasibla kan..Kalau x habis, tapau je habis cerita.

Oh yes, restaurant yang kiteorang pergi ni nama die It’s Time for Thai.

12359919_10153719498109694_7284550470494145810_n

Dinner for 2. Haha. Amek kau penuh 1 meja kiteorang order.

Lepas makan, jalan-jalan jap area hotel and baru perasan yang hotel kiteorang betul2 depan Paddy’s Market. Kebetulan plak esoknya Rabu and market dah open. OK tak sabar nak tengok apa ada kat Paddy’s Market esok. See ya in the next post.

2 thoughts on “Percutian 2 Hari ke Sydney Australia- Day 1

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s