Percutian 2 Hari ke Sydney- Day 2

Day 2 – Sydney

OK pagi2 lagi kiteorang dah bangun. Yela semalam kan dah cukup rest. Plan hari ni nk habis kan semua tempat yg patut kiteorang pergi semalam tapi tak sempat. So lets continue.

Pukul 7am kiteorang dah keluar hotel untuk pergi ke Sydney Fish Market . Kalau dah pergi sini ape lagi, mesti la nak makan the famous fish and chips kan. So konsepnya, dari Aarons Hotel, kiteorang kene naik tram ke Fish Market Station. Semalam before tidur dah chit chat dengan orang hotel macam mana nak pergi fish market ni. So dengan bersemangat waja teruslah melangkah cari station tram ni. Orang hotel kata ada dekat belakang bangunan Paddy’s Market je. Jalan punya jalan jumpa la gak station tu. Tapiiiii, kami baru perasan, kat sini  kene pakai OPAL. Macam ala-ala touch and go tu. Adoii, memang lah kiteorang tak de kan. So patah balik ke hotel, and pergi 7E sebelah hotel untuk beli OPAL. toupop la dalam AUD10 je.

20151216_065038

OPAL- make sure korang beli benda ni kalau travel dengan public transport dekat Sydney. Boleh beli dekat mana-mana convenient store and minimum top up is AUD 10.

OPAL pun dah beli, so patah balik pergi station tram tadi. Tunggu dalam 4 min tram pun sampai. Setiap station akan letak macam LED board tu untuk display all tram schedule. So far memang accurate and memang tak susah pun kalau nk guna public transport kat sini. Semuanya efficient and mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam 10 minit gak nak sampai Fish Market. Lepas turun kat station Fish Market, senang sangat nak cari Fish Market ni, just naik je tangga sampai atas and seberang jalan je korang dah boleh nampak sigh board and bangunan Fish Market ni.

Disebabkan kiteorang sampai super early, restaurant pun belum bukak lagi. Pekerja2 baru tengah busy susun2 ikan, udang, lobster and banyak lagi la seafood untuk dijual. OK jom layan gambar dulu.

 

DSC01306DSC01303DSC01304DSC01302

DSC01308

and kiterong choose makan kat restaurant ni sebab die je yang dah bukak and dah masak. Ingat nk makan kat Peters tu tapi dierong hanya start masak pukul 10am

So ape yang kiterong order? Ha jangan terkejut. Ye la ntah bila lagi kan dapat jejak kaki kat sini so jom layan nafsu makan.

DSC01292DSC01294DSC01295DSC01297DSC01293

Ha bukan main main punya order. Makan sampai muntah. hahha. Satu set battered fish and chips dalam AUD 11.50 kot. Pastu ada seafood platter for 1, dalam AUD 21, lobster cheese, AUD 16 and grilled fish AUD 12. Tapi nafsu order je besar, memang la tak habis kan. So tapau je la, boleh makan untuk lunch nant.

Lepas makan, lepak-lepak layan gambar sekitar Sydney Fish Market. Actually korang boleh order bungkus and duduk kat luar tepi jetty. Tapi hari tu hujan renyai and banyak seagull kalau duduk tepi jetty. So lupakan je la hasrat nk duduk luar hari. Jom layan gambar lagi

DSC01321DSC01326DSC01327DSC01334DSC01335DSC01340DSC01343DSC01344DSC01346DSC01348DSC01350

Habis pusing satu market, then naik tram balik pergi hotel. Kiteorang dah kene check out sebab lepas ni nak jalan kat Paddy’s Market  and habis kan jalan area city.  Lepas je checked out hotel, terus serbu Paddy’s Market.

Paddy’s Market

Kat sini korang boleh beli souvenir dengan harga yang murah. Kalau ada korang ada bargain skill ha boleh la pakai kt sini. Macam- macam ada kat sini. Sebabkan plan kiterong lepas Paddy’s Market kene pergi Bondi, so memang budget masa dalam 30 min je untuk shopping kat sini. 30 minit je okey.. Adei memang la tak sempat nk mengecap nikmat shopping tu. Konsepnye shopping hari tu berkenan , amek  dan bayar. Memang tak dan la kan nak survey sebab perjalanan jauh lagi. Anyway, Paddy’s Market ni die dua tingkat. Tingkat bawah ada 2 section , pasar basah and lagi satu section jual barang barang souvenir tu la. Banyak gak orang Malaysia yang kiterong jumpa kat sini. Even pekedai die pun dah fasih bahasa melayu or indo.  Tengah dok sibuk memilih barang, tiba-tiba hujan turun dengan selebat- lebatnya. So kiterong pun usha luar jap, mak air gelap gulita.. macam mana nk pergi Bondi after ni.. Tapi siapa kita nk melawan kuasa tuhan kan. Kita hanya mampu merancang. Hujan pulak makin lebat. Nampaknya, kalau hujan tak berenti memang kiterong plan stay je kat Paddy’s ni and sambung shopping. dah setengah jam hujan still tak berenti. Kiterong pun terpaksa akur, no Bondi today 😦  So sementara hujan tgh lebat tu, sambung la menyoping balik. Kali ni sempat la survey dari kedai ke kedai. And actually harga kat sini murah- murah. Ingatkan semua benda mahal kat Sydney, rupanya tak gak.  Last2 aku beli t- shirt and few home decor punya barang. Nak memborong sakan pun x boleh, dah la tak amek lunggage untuk flight balik ke Melbourne nanti. Jom layan sikit gambar2 dalam Paddy’s Market

DSC01358DSC01364DSC01366DSC01368DSC01369DSC01374DSC01378DSC01380DSC01382DSC02902

Sejam lebih jugak kiterong lepak dalam Paddy’s Market then hujan pun mcm dah reda. Kiteorang decide untuk skip Bondi Beach and just proceed to next place which is Sydney Opera House and Sydney Harbour Bridge.  So dari Paddy’s kiterong just naik Metro Light Rail dekat belakang building je untuk ke Darling Harbour. Light Rail ni macam tram la and jangan lupe touch Opal kad korang!

Sampai je area Darling Harbour, cuaca pun still gloomy, aisey xder awan biru nak amek gambar. Tapi x pe, ayuh teruskan perjalanan. Kiterong plan nak naik ferry je dari darling harbour ke Circular Quay. Pemandangan pun lagi cun and korang boleh tgk opera house dari sudut dari sudut lain and paling best ferry ni akan lalu bawah Sydney Harbour Bridge tau.

Masa on the way nak pergi ferry station tu korang akan passby Maritime Museum. Nak masuk Maritime Museum ni kene bayar so xder la kiterong pergi. Tapi kat luar die ada banyak je kapal-kapal perang yang ada so korang boleh la bergambar sakan. Nak masuk dalam kapal tu pun boleh, just kene beli ticket dekat kaunter je lah. Disbabkan kiterong nak kejar ferry untuk ke Circular Quay, kiteorng just bergambar dekar luar museum je. Jom tengok skett ape yg ada kat sana

DSC01384DSC01386DSC01391DSC01392DSC01395DSC01398DSC01399DSC01402DSC01404DSC01405DSC01406DSC01410DSC01413

Menarik kan? actually tak yah masuk dalam museum tu pun korang dah boleh amek gambar2 kapal tu dari luar and its for free 😀

Lepas dah bergambar sakan kiterong macam tak nampak, kat mana ferry station ni. last2 tanye je pakcik2 kat situ. Actually memang kat situ2 je pun, just kene jalan terus lagi. Korang akan nampak rumah api yang macam dalam gambar tu, then jalan terus lagi then korang akan nampak jambatan ni, ha tu la station die. Sebelum naik ferry jgn lupe touch Opal pulak ye.

DSC01409

Ni la rupe station tu..kecik je.

DSC01418

Tu diaaa, ferry dah sampai….skali pandang macam ferry yang naik kat Penang tu je kan

DSC01422

OK, pakcik ferry tgh letakkan based untuk masuk/keluar ferry

DSC01423

Bagi laluan orang keluar dulu ok!

 

Jejak je dalam ferry, tips die korang kene terus naik level atas baru lah dapat tangkap gambar yang awsome. Masa kiterong naik ni ferry ni macam tak padat sangat, so level atas die mcm aku yang punya. Hahahaa.

DSC01434

OK dah jalannn

DSC01437

bye bye Darling Harbour

Next episod kiteorang pergi Opera House ,  Royal Botanic Gardens and jalan-jalan cari makan di Pancake On The Rock yang famous tu. So stay tune..

One thought on “Percutian 2 Hari ke Sydney- Day 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s