Caversham Wildlife Park, Cervantes, Lancelin Sand Dunes & Pinnacles Desert Perth

Kemuncak percutian kami di Perth harus lah kan melawat Caversham Wildlife Park, Lancelin Sand Dunes &  Pinnacles Desert Perth. Disabab kan ke tiga-tiga tempat ni jauh , so we decided just to booked a 1 day tour. Dekat lobby hotel pun ada banyak gila flyers dari pelbagai company yg buat 1 day tour ni. Cuma korang kene pandai pilih package yg harga berpatutan, murah dan servis yang best. Satu tips untuk nak pilih company mana, korang boleh semak social media company ni  macam facebook page , twitter or instagram depa. Kat situ selalunya customers akan bagi komen good or bad service deirong tu and korang boleh la nilaikan dari situ ok. Satu lagi cara, just go Tripadvisor page and read what people say about their trip and about their package berbaloi ke tak. Kadang kadang ada yang murah, tapi package die tak termasuk makan or maybe tak singgah tempat2 tertentu. So kat sini pandai2 la korang buar research ok.

Post kali ni aku upload banyak gila gambar.Muahahah. Bertabahla melayan gambar-gambar tu ok. Orang kata kadang kadang picture speak better than word. Haha.

Setelah beberapa jam gak study flyers yang kiteorang amek kat lobby hotel, finally we decided to choose Adams Tour and kiterong amek package Full Day Pinnacles, Koalas and Sand Boarding 4WD Adventure. Dalam package ni tempat-tempat yang dieorng cover ialah:

  • Caversham Wildlife Park
  • The Lobster Shack
  • Pinnacles Desert
  • Cervantes
  • Nambung National Park
  • Lancelin Sand Dunes

Haaa banyak kan tempat yang die bawak plus harga yang korang bayar tu termasuk entrance fee, lunch ,pak cik driver merangkap tour guide yang bertauliah, bus aircond yang selesa and deirong akan amek and hantar orang depan hotel terus. Masa booking tu just select pickup place so dierong akan datang pickup depan hotel. So jangan risau okey. Oh yes, mesti korang tertanya2 kan, siap ada lunch bagai, makanan ape yang die kasi? Ha actually masa korang book package ni kat website die korang boleh pilih halal food. So they do provide halal food and tu antara sebab2 kiterong pilih company ni jugak.

Okay entry kali ni aku rasa korang layan je gambar2 kat bawah and jgan lupa baca caption okay. Banyak gambar nk scroll ni. Hahha..bertabah lah

1st stop: Caversham Wildlife Park

DSCF8321

Ni la die Caversham Wildlife park tu, jalan masuk ke park ni sangatlaa dalam dari main road. Korang akan lalu hutan2 bagai. Tapi best layan amek gambar. And bukan kene jalan kaki ponn, bus yang bawak so tadahal la kan

DSCF8323

So abe ni la yg jadi guide kitering kat dalam nanti. Kalau korang pergi in group tour memang die akan khas kan sorang tour guide untuk bawak korang jelajah park ni. Ok dah jommm masuk dalam.

DSCF8325

Tu diaaa, En Kanggaru.. Teruja ok..Gile tak excited, first time dapat tengok and pegang kanggaru. Semua pun jinak-jinak. Korng boleh bagi die makan. Makanan die pihak park ni ada je sediakan, kaut je la sikit and boleh la posing dengan kanggaru sambil suap2 makanan gitew

DSCF8328

Yang ni lapar sangat kot sampai terangkat2 kepala nak tunggu orang bagi makanan kat die

DSCF8333

En kanggaru lagi.

DSCF8334

Eh eh puan merak pun ada. Die ni jiran En kanggaru. Dieorng memang tinggal serumah, so korang boleh la bergambar sakan dalam kawasan kejiranan ni. Banyak gak kanggaru yg korang boleh bermanja-manja. Oh jangan lupe amek selfie dengan depa okay?!

DSCF8336

Yang ni monyok ja. Merajuk kot tak de orang nk selfie ngan die.haahhah

DSCF8343

OK lepas dah tengok kanggaru, selfie dengan kanggaru and bagi makan dengan kanggaru, tour guide korang akan bawak korang tengok satu binatang ni plak. Wombat. Only in Australia katanya. Actually aku memang x pernah imagine macam mana rupa wombat ni..hahha. Baru tau ada binatang nama wombat.

DSCF8346

Wombats, 5KM to go. Hahaha.. xder la tu iklan semata-mata. Wombat tu betul2 depan tu je

DSCF8363

Tadaaa..ha ni la die wombat. Err, time ni die tengah tdo so kiterong dapat amek gambar dengan die. Tour guide tu cakap wombat ni macam ganas sikit kalau ketenteraman die terganggu. So nk amek gambar pun sopan-sopan je. Haih like a boss betul. Kat sini korang boleh bergambar dengan wombat ni tapi korang tak boleh peluk die la.takat cuit2 sket boleh la.

DSCF8365

Beware, Tasmanian Devil is everywhere.Muhahahhah

 

Kemuncak tour, haruslah melawat koala bear tercomel ni. Rasa nk culik satu masuk dalam beg.Comel bebenor. Tapi mcm biasa koala ni kan fav activity die tidur, tidur, makan, tidur, tidur,main sambil tidur dan tidur. Hiahhhh kiterong bayar ticket datang dari Malaysia nak tengok ko , ko boleh tdo je??!! ok jom layan gambar

DSCF8369

Membuta di siang hari. Jangan tiru aksi ini.hahahha..Nasib la cute

DSCF8370

Tido mati nampak.. bangunn laaaaaa

DSCF8372

Setelah kiterong membuat protes dengan membuat kebisingan melampau akhirnya depa pun dengan malasnya mencelikkan mata. Yang sekor tu mata stim je, ngantok lagi ke bang oi? dah tengah hari ni. ndd yes finally ada sorang yang dah bangun.. Tu diaa.. Finally dapat gak tengok deirong bangun and main2 kejap. Berebut-rebut orang nk amek gambar depa ni.. Tapi pihak coversham ni bagus, depa bagi group by group masuk tempat ni, so takde la semua orang serbu terus koala punye tempat ni and boleh bermaharajalela gak la untuk posing sakan dengan binatang kat sini.

Lawatan ke Caversham ni dalam 1 Jam lebih jugak. After that kiterorang pun kene bergerak dah. Actually, to be honest memang tak puas nk bergomol dengan kanggaru , koala semua tu, kejap sangat. Tapi banyak lagi tempat yang nak dituju and still jauh lagi perjalanan.

2nd stop: Cervantes Lobster Shack

So next destination is Cervantes. Cervantes, just 17km from the famous “Pinnacles National Park”. Lobster Shack. Kat sini korang boleh tengok lobster besar godzilla. Haha…Ok ezejeret je. But memang besar woooo. Kat Lobster Shack ni korang boleh masuk lobster tour tengok macam mana process lobster dari laut sampai ke di hantar ke supplier restaurant semua. Ok jom layan gambar lagi..

DSCF8381

Ding dong..kami nak masuk ni

DSCF8383

Tu diaaa fresh dari laut okeh

DSCF8386

kene asingkan mengikut size

DSCF8387DSCF8388DSCF8390

DSCF8396

See, i dont lie. its hugee . memang sangat besar lobster kat Lobster Shack ni

DSCF8408

Lepas dah melawat lawat, time for lunch. Lunch is provided by the tour company. kalau korang nak add on can order lobster kat sini

DSCF8410

Order kat ini tau. Tips die, order dulu lobster ni before korang masuk tengok lobster tu. So bila tour lobster dah habis, makanan pun dah readyyy

20141208_130543

Lunchhh lobster uols.. Eh tapi lobster tu korang kene beli sendiri, tak termasuk dalam lunch package tour ni tau. Ha ,salad with chicken grilled tu la lunch package kiterorang.

20141208_135130

Sekitar kawasan Cervantes. Aman damai sunggu kawasan ni. Macam tak de orang pun ada. Sunyi sepi je.

DSCF8426

Ni view belakang kedai Lobster Shack ni. Terus pantai uols. best kan

DSCF8430

Lobster Shack that way

3rd stop: The Pinnacles 

OK tamatlah pengembaraan bersama lobster-lobster tadi. Naik bus balik and perjalanan di teruskan ke The Pinnacles, Nambung National Park. Ha ape benda pinnacle ni. Kalau korang rajin meng google pasal Perth sure koraang tau.Haha, its actually batu kapur yang terbentuk daripada hakisan angin so terjadilah batu batuan  yang sekali pandang macam korang tengah planet lain. Kawasan desert ni besar tau, so kalau korang nak menjelajah desert ni make sure ikut laluan yang disediakan. If not boleh lost ok. Jom discover the desert

DSCF8437

Yeay dah nak sampai

DSCF8440

Ok boleh park dekat kawasan ni

DSCF8443

kat luar ni ada pinnacles nursery. Kira boleh tengok baby pinnacles kat sini . Pinnacles yang kecik kecik tu memang dieorang jaga so tak de la musnah nanti.

DSCF8444

Jalan lagi kedalam

DSCF8446

Time to discover…. ok ready kan camera amek gambar banyak2.

DSCF8449

Kena jalan depan lagi

DSCF8457

Ni la dia The Pinnacles Desert

DSCF8470

Macam-macam bentuk ada.

DSCF8473

Skali pandang macam dekat Mars.lol

DSCF8474

ouh, angin juga kuat tau. sejukkkk melayang layang

DSCF8475

Selagi  korang follow trail yang ada batu-batu kecik tu. Selagi tu korang tak kan sesat. Actually selain berjalan kaki ada gak yang bawak kenderaan untuk tour desert ni. Tapi kene make sure kenderaan tu tahan lasak yang boleh menempuh laluan berpasir ni tau.

DSCF8486

Batu batu lagi

DSCF8488

Memang menakjubkan okay view kat sini. memang lain dari yang lain

DSCF8499

Macam-macam bentuk batu yg ada

DSCF8503

Nampak panas kan? Tapi angin kencang membawaku..jauh.. (baca sambil nyanyi lagi angin kencang)

DSCF8506

DSCF8507

Kawasan tandusss

DSCF8513

Nampak macam panas terik tapi sejuk gile ok, coz desert ni actually dekat ngan laut gak. So angin dari lautan hindi tu memang melayang-layang dibuatnya

DSCF8528

The Pinnacles View

Ok kawan-kawan rasanya cukup dulu sampai di sini. Actually tour ni tak habis lagi tau ada satu lagi tempat yang kiterong pergi before balik Perth semula. Kitaorang pergi sand boarding dekat Lancelin. Best gilakkkkk..

4th stop: Lancelin Sand Dunes

Dari Pinnacles, kami pun meneruskan perjalanan ke Lancelin. Apa ada dekat Lancelin ni? Ha kat sini kalau boleh main sand boarding or sand surfing. Macam menarik kan? Sampai2 je kat sini, dah boleh nampak pasir putih yang menggunung. Dah macam dekat padang pasir kat Dubai tu, tapi yang ni pasir die color putih.

Kat Lancelin ni je korang boleh melayan sand boarding down massive 45 degree angle dunes, which are the biggest in Western Australia. Ha nampak tak disitu ke extreme man die.Haha.. Kalau korang pergi dengan tour, selalunya dieorng akan sediakan board untuk surfing tu skali, but kalau korang drive sendiri, board ni korang boleh sewa je dekat petrol station masa korang on the way nak masuk . Nanti dekat station minyak tu ada deirong letak iklan untuk korang sewa board ni. Harga sewa board ni standard je dengan mana kedai, dalam AUD 20 untuk 3 Jam. kalau korang pergi ramai-ramai tips die toksah la pergi sewa sorang satu. Boleh je share and main banyak kali nant. So jimat di situ ye adik-adik.

Sampai je dekat tempat sand boarding tu,  mak aih, angin die kuat yakmat. So kalau boleh bawak la shades untuk elakkan mata korang masuk pasir yang halus-halus tu. Gadget-gadget semua pun kene cover gak especially camera. Sebab angin die kuat and pasir-pasir tu nant boleh masuk kat celah-celah lens camera korang. So pepandai lah jaga ok.

Tips untuk surfing kat sini. Ha, korang akan di beri lilin. Lilin ni korang kene gosok permukaan bawah board so nant bila korang meluncur, kira nak jadikan die smooth je la. Tak de la kene gosok beria, just sapu sekali je kat permukaan bawah board tu ok. So lepas tu ape lagi, jommm surf.. Eh jap….ha sebelum surf, korang kene mendaki gunung pasir tu dulu untuk sampai ke atas. Hahaha, lenguh gak kaki okey ditambah dengan angin kuat.. Tapi bila lagi nak rasa semua ni kann?? So ayuh kuatkan semangat mendaki. Bila sampai kat puncak gunung pasir tu korang akan rasa adrenalin korang meningkat.Haha, x sabarrr nak turun ke bawah guna  board tu. Tips keselamatan , kaki dan tangan korang kene sentiasa berada di dalam board tu. So lepas dah pastikan semua ok, ape lagi, lets surfffff

20141208_161224

tudiaaaa, kejap lagi kat situ la kita akan main sand boarding

20141208_161910

Board pun dah readyyy. Jangan lupa sapu lilin ok

20141208_171207

Tang ni mak lemah sikit, hahaha..Kene mendaki ke puncak tu. Walapun tercungap penat, bila sampai atas and surf, hilang semua lelah tu ok..Korang boleh release stress bila turun. Bestt gilaaaaaa.

 

DSCF8542

Dekat ngan laut rupanyaaaa. Patutla sejukk gilaaa. Angin pun kuat.

Actually bukan boleh surfing je kat sini. Kalau korang amek tour package, normally dierong akan ada include 4×4 bus tour untuk explore kawasan Sand Dunes ni. Bukan calang-calang driver boleh drive kat sini tau. Menurut tour guide kiteorang, kene ada lesen khas kalau korang nak bawak 4×4 dekat kawasan ni. 4×4 tour ni memang layannn gila ok. Memang mencabar gila. Korang akan naik satu bus khas ni untuk tour kawasan ni. Dalam bus ni kene make sure semua orang pakai seat belt, x boleh makan minum and kanak-kanak tak boleh naik pergi tour ni, sebab nant tour ni akan lalu kasawan gurun and turun naik gunung pasir tu. Memula bus tu jalan ingat macam biasa je la. Skali mak aih, terhenjut-hejut lalu kawasan gunung pasir tu, siap boleh daki gunung pasir tu selumber je. Ada satu part tu, bus tu akan pergi kat satu tebing pasir yang tinggi gila and tebing tu macam menjunam ke bawah 45 degres. Bayangkan bus tu dengan selumber turun curam tu. Kiterong kan dalam bus ni dah menjerit-jerit..Perasaan die sebijik macam masa naik roller coaster. Sampai je kat bawah, tour guide kiterong suruh turun and boleh tengok betapa tinggi nya tebing yang kiterong turun tadi.. Makkkk aih, memang tinggi ok.. But seriously its funn.. Kiterong siap request nak turun tebing tu sampai 3 kali. wahahah.. Memula je takut, tapi kali kedua, gilaa excited..

DSCF8553

Tu la tebing yang kiterong turun tu..Dalam gambar ni maybe tak nampak tinggi, tapi kalau korang tengok real, perghhh…

20141208_161602

Ni la special bus yang kiterong naik untuk Sans Dunes tour tu.

20141208_163802

Uncle tour guide kata, boleh turun kalau nak amek gambar, so jomm bergambar lagi

20141208_163912

Pasir die memang halusss, careful ok, coz angin kuat sangat area ni.

20141208_164051

Duduk je atas pasir ni memang tenggelam. haha, macam fluffy gila. 

Lepas habis naik extreme bus tu, maka tamatla adventure kiterong dalam satu hari ni. Satu hari yang mencabar, but seriously i like it. Even, penat gila, but its really worth it to spend your money for this 1 day tour. Trust me, its really worth it. Kalau korang memang tak plan nak drive dekat Perth ni, dont worry, memang banyak gila package 1 day tour ni kalau korang nak pergi tempat attraction yang jauh-jauh.

Badan pun dah penat exercise dekat sand dunes tadi, ahahha, so dalam bus on the way balik ke city, memang tidurr la..Kiterong sampai balik dekat city dalam pukul 7.30pm macam tu. Sampai je hotel masing-masing kebulur. Kene cari makan pulak lepas ni. Nasib la lobby hotel ada jual macam-macam. Ye la kat sini 7.30pm semua kedai dah tutup.

Fuh gila berjela post kali ni. So until next post peeps!

xoxo-LJ

12 thoughts on “Caversham Wildlife Park, Cervantes, Lancelin Sand Dunes & Pinnacles Desert Perth

    1. Kalau nk senang, bagi sy mudah untuk tinggal di area central sebab banyak kemudahan transport di sana. Perkhidmatan CAT bus juga percuma untuk perjalanan di dalam bandar. Selain bus, tren pun senang untuk pergi ke kawasan yg dekat or jauh 🙂

      Like

    1. Hi Faizah,
      Pinnacles desert tu ok je untuk mengandung pergi. Tak ada kene panjat-panjat pon. Instead they have a nice track untuk you explore desert ni. Just make sure you follow the correct track so tak sesat nanti. Tapi make sure you bawak shawl or shades coz angin kadang-kadang kuat and pasir tu boleh masuk mata.

      Kalau pergi dengan tour agent, selalunya memang deirong kene park dekat luar, and kita boleh jalan kaki masuk. Jalan masuk pun cantik and selesa sangat dengan view yang cantik. Jalan nak sampai desert tu tak de la jauh sangat, tak sampai 5 minit pun. 😉

      Liked by 1 person

  1. Assalamualaikum… sye berminat nak amek same tour tp x sure which halal food under food option dkat web die… PCEC tu maksudnye ap ye??

    Like

  2. Salaam Sis .. saya nak tanya,, mana lagi ok klau nak pegi mana² ,, perlu sewa kereta atau tak? sbb berdasarkan cerita pengalaman kat post ni mcm tak perlu jer sewa kereta. Sbb nampak macam public transport merata².

    dan mahal tak price utk naik tren dan apa² jenis public transport? 🙂

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s