Eh Eh, ada orang keje ke today? Haha, KL cuti uols so boleh la iols menghabiskan entry Perth ni yang setelah sekian lama tertangguh. Siapa yang bercadang nak melancong ke Perth ni korang boleh la baca tips-tips melancong ke Perth yang aku dah tulis dari Episod 1. Actually kalau ada yang plan nak travel solo pun aku galakkan sebab Australia ni memang selamat untuk solo traveler especially perempuan. Setakat ni insyallah dah 2 kali aku pergi semua berjalan dengan smooth. Alhamdulillah.
So buat yang baru berjinak-jinak nak pergi travel jauh sikit dari Malaysia, and konon-konon nak merasa dok negeri omputih, ha Australia la tempat yang paling dekat dengan Malaysia. Dengan tukaran duit RM to AUD pun setakat ni agak stabil. Kalau nak senang kira korang darab tiga je ngan currency kita. Tapi kata punn pergi melancongkan, so sampai sana, kalau shopping tok sah la dok bawak calculator and convert duit mesia berapa. Just anggap je 1AUD tu sama ngan RM1. Haha.. Tu la tips aku kalau nk shopping bila travel. Im sure korang pun dah ada budget untuk shoppingkan. So just go and enjoyyyyy.
OK dah merapu ke topik shopping pulak. OK back to our main topic hari ni, kat sini aku ringkaskan balik tempat-tempat menarik di Perth yang kira tahap wajib pergi la kalau korang melancong ke Perth ni. Actually dalam post-post yang sebelumnya pun aku ad buat tempat-tempay yang kiterorang pergi and semestinya menarik. Ayuh kita terjah tempat pertama.
Caversham Wildlife Park
Address: B/99 Lord Street, Whiteman WA 6068, Australia
Contact:+61 8 9248 1984
Hours: 9AM–5:30PM
Adult AUD 27.00
Child (3 – 14 years) AUD 12.00
Harga ticket tu dah termasuk semua show yang ada kat sini, tour guide, oh yes, ada sorang yang jadi tour guide korang untuk terang kan pasal tempat and binatang-binatang kat sini. Korang juga boleh memberi makanan dekat binatang-binatang ni, and semua makanan akan di sediakan oleh pihak Caversham. So boleh la selfie dengan kanggaru, koala, wombat dan macam-macam lagi. So jangan risau, semua activities di atas dah termasuk di dalam harga ticket. Caversham ni tak berapa jauh la dari city, lebih kurang dalam 20-30 min drive. Memang berbaloi kalau korang habiskan masa dekat park ni sebab memang besar and kalau lapar ada gak cafe yang disediakan.
The Pinnacles, Nambung National Park, Western Australia
Terletak lebih kurang 200 kM dari Perth city. Bunyi macam gempak kan tempat ni. Apa yang ada dekat The Pinnacles ni? Ha kat sini korang akan di bawa melawat desert yang penuh dengan batuan kapur yang terbentuk daripada hakisan angin dan air. Hasil dari fenomena hakisan ni, maka terbentuklah batuan kapur yang unik gila. Sekali pandang, eh aku dekat bumi lagi ke ni? Ha gitu. The Pinnacles ni terletak di dalam Nambung National park. National park kat Aussie ni memang besar ya amat okeh.Macam-macam tempat yang ada dekat dalam Nambung national park ni.Kiranya sepanjang perjalanan ke Pinnacles ni, mata korang akan di sajikan dengan pemandangan hutan hijau yang sangat ohsem. Macam kiterong pergi timer permulaan summer, so akan ada tempat yang dah kering sebab panas dan ada gak sesetengah tempat jadi macam kawasan tanah tandus, ala-ala pekan cowboy gitu. Ada padang yang still lagi menghijau and kawsan padang yang tersangat besar sampai mcm tak nampak sempadan. Fuhhh, memang besar. So amaran untuk korang, jangan tidur waktu dalam perjalanan ke sini. Haha, kalau tak korang akan terlepas pandang semua view yang awesome tu. Tak rugi woooo buat road trip pergi sini.
OK back to Pinnacles. Memang unik gila desert ni. Tempat ni angin die memang kuat. Macam-macam betuk pinnacles yang korang akan jumpa kan sini. Korang boleh explore desert ni dengan jalan kaki je. and pastikan korang ikut trek yang di sediakan okeh! Kalau tak bileh sesat ok. Banyangkan kawasan desert yang tandus tu, and memang boleh sesat sangat kalau korang tak ikut trek tu. Satu lagi cari nak explore desert ni dengan menaiki kenderaan. Tapi make sure kenderaan korang fit untuk berjalan di atas permukann berpasir. So kalau naik 4WD tu boleh la.
Tempat ni jugak tempat heaven untuk kaki camera. Sesiapa yang minat dengan landscape photograpy, yes this is the place. Korang boleh bawak segala gear korang untuk amek gambar kat sini and stay until sunset. View die memang tak terkata dengan kata-kata. Hahahahaha..
Entrance Fee: AUD 11 per car
More information about this place you can just refer here
Lancelin Sand Dunes
Kat sini korang boleh main sand boarding and 4×4 tour. Surf tu korang boleh sewa je dekat mana-mana petrol station yang berhampiran dengan harga AUD 20 untuk 3 jam.
Entrance fee nak masuk sini FREE je. So korang boleh la melepak main sand boarding and amek gambar puas-puas kat sini.
Dah puas main sand boarding, korang kene try 4×4 bus tour ni. trust me, its sooo fun and korang mesti nak naik lagi.
More information you can go here
Fremantle
Kalau orang tempatan, dieorang panggil Freo. Fremantle actually bandar yang dekat dengan pelabuhan. Ada dua cara nk access Fremantle ni. Satu by car or train and cara kedua by ferry dari Perth City. Ada macam-macam attraction dekat Fremantle ni antaranya
- Fremantle Market
- Fremantle Prison
- E-Shed Market
- Maritime Museum
- Fremantle Esplanade
- Kailis’ Fish & Chips
dannn bnayak lagi tempat best yang korang boleh melawat dekat Fremantle ni. Kalau korang nak shopping souvenir ha kat sini lah tempat nya. Harga pun jauh lebih murah.
Kings Park & Botanic Garden
Tempat ni sangat sesuai untuk family. Kat sini korang boleh rileks sambil menghirup udara segar. Tempat terbaik jugak untuk photographer nak shot Perth City especially during sunset.
Parking is free for visitors and public transport is readily available untuk korang pergi sini. So takde alasan kalau x nak singgah sini kalau korang melawat Perth nant ok!
Perth Arena
Perth Arena tempat yang selalunya berlansung aktiviti seni, concert, sports dan macam-macam lagi aktiviti besar and bertaraf antarabangsa kat sini. Tempat dia ala-ala indoor stadium gitu. Kalau ada event or konsert best korang boleh la book ticket and boleh experience tengok concert kat sini.
Semua sehedule activity korang boleh tengok kat sini. Perth Arena ni pun mempunyai senibina yang awesome. So boleh la bergambar sakan depan building ni

Credit pic: Google
Kings Street & Hay Street
Terletak betul betul di Perth City Center, perfect place kalau korang nak shopping, makan, hangout and kalau tak nak shopping, window shopping pun bolehh.Haha. Kat area sini la terletaknya butik-butik terkenal macam LV, coach and banyak lagi. Oh yes, bagi kiterong paliong best kat sini sebab ada Coles and Woolworth. Hahha. Grocery shopping paling best OK. Percaya atau tak, aku siap add on luggage lagi, sebab beli overload junk! Rasa nk angkut semua chocolate and chips at sini. Tips kalau nak beli chocolate murah, try tengok harga masa hari jumaat and weekend. Kalau korang nampak ada sticker color kuning tu ha murah dah tu. Tempat makan pun banyak ada kat sini, cafe-cafe hipster, fast food and fine dining restaurant semua ada kat area ni. Oh yes, Jamie Oliver restaurant pun ada dekat sini, betul-betul depan Coles Cental. Kalau korang plan nak makan sini, better book early sebab slalunya full house. Yela tempat famous kan, semua orang pun nak try makan kat sini.
Business hour majority kedai kat sini islah 9AM-5PM. So make sure korang pandai-pandai budget time kalau plan nak shopping or lepak makan kat sini ok
awesome place
LikeLiked by 1 person
Hai…great info…hotel. mcm mne boss…plamn nk g November nnti!
..tolong sikit tuan…x pernah g overses lg..
LikeLiked by 1 person
Hi @ramdzanibrahim@yahoo.com
Kat Perth ada banyak hotel or hostel mampu milik. Kalau pergi ramai2 berbaloi untuk book hotel apartment macam City Stay Apartment http://www.citystay.com.au/
Lokasi mmg betul2 in CBD and kalau nk pergi city center pun boleh naik CAT bus which is FREE je. Train station pun 5 min je dari hotel. Kat depan hotel ni pun ada outlet best untuk shopping.
Hopefully this can help u. Kalau ada ape2 nak tanya lagi jgn segan2.
LikeLiked by 1 person
Macam mana nak pergi Caversham Wildlife Park? Ade public transpot tak?
LikeLiked by 1 person
Hi,
Boleh check kat sini untuk pergi ke Caversham kalau naik public transport
http://www.cavershamwildlife.com.au/visitors-information/how-to-get-here/
LikeLike
Salam,
Caversham, Pinnacles dan Lancelin sand Dunes berdekatan ke? Nak pergi bulan 8 ni.. Pls reply me sebab mmg blur nak buat itenary.. huhu
Thnx a lot
LikeLiked by 1 person
Waalaikumsalam Nurul,
Kalau u nak travel 3 tempat ni mmg makan masa 1 hari pagi sampai malam.
Perth city – Caversham = 1 Jam
Caversham – The Pinnacles Desert = Dalam 3 Jam
The Pinnacles Desert – Lancelin = Dalam 1 jam 30 min
Lancelin – Perth city = Dalam 2 jam
So kene pandai2 rancang perjalanan ok 🙂 sebab each tempat sure u nak explore puas2 dulu baru gerak to next destination kan. And perjalanan pun mmg jauh. Masa yg tulis kat atas tu masa is travel time kalau orang tu mmg dah familiar dengan jalan sana. Tapi, kalau nk senang, u can just buy any 1 day package yang banyak jual kat online.
Kalau nak tanya ape2 lagi, jgn segan segan ye. Enjoy your holiday 🙂
LikeLike
salam saya pun pegi bulan 8 ne…brapa hb pegi nnti
LikeLike
Terima kasih
Very good info..
Saya n family akan ke perth hujung bulan 8 ni
LikeLike
Hi Nurul,
Thank you sebab singgah baca blog ni. Have fun in Perth!
LikeLike
Hi .saya pun rancang nk pegi sini.1st time nk travel luar negara.masih tercari2 tmpt penginapan dn kereta sewa.blh bg cadangan.
t.q
LikeLike
salam….
cara nak pegi The Pinnacles, Nambung National Park mcm mn?
ade bus awam tak? pegi perth 14.08 ni…
LikeLiked by 1 person
Wasalam.
Kalau nk pergi Pinnacles mmg jauh sangat..saya x pasti kalau ada public transport. Normally orang akan self drive or amek 1 day tour package untuk ke sini.
LikeLike
Salam, nak tanya macam mana nak beli 1 day trip eh kat sana. Beli online ni takut2 sikit
LikeLiked by 1 person
Wasalam,
kalau nak beli 1 day trip ticket ni, selalunya memang kene beli online and memang kena ada credit card. Dont worry, dekat website yg saya suggest dalam post saya ni, company ni memang establish.
Satu tip untuk macam mana nak trust company yang buat 1 day trip travel ni, you can check dekat tripadvisor , check customer review. Kalau semua review OK, suppose to be no problem, and boleh proceed beli trip tu dekat website dieorng.
LikeLike
Nak tanya..kalau dah smpi perth ni..kat mane nak sewa kereta? Dan brpe harge sewa sehari?
LikeLiked by 1 person
Hi Radzi,
Actually awk boleh book kereta online, sebelum pergi Perth.
Boleh try masuk website ni untuk compare price https://www.vroomvroomvroom.com.au/
Kalau nak book terus dekat airport pun boleh, dekat dalam airport akan ada car rental booth. Tapi rasanya kalau walk in selalunya agak mahal sikit. Untuk selamat, better book online je 😉
LikeLike
As’kum kamikakitravel, just nk share.. jika ada sesiapa perlukan driver guide berserta van di Perth, boleh wasap En. Idrus di +61411536495, murah bila dtg dgn group antara 6 – 9 orang. Dia drive bw kami ke Wave Rock, Albany, Augusta, Busselton, Mandurah, Pinnacles, Lancelin & byk lg. X pening2 kepala nk drive jauh2, bangun2 je dh sampai. Hehe.
Kerap juga singgah solat di masjid & surau. Begitu juga beli brg dapur halal & kedai makan halal.
LikeLiked by 1 person
Wahhhh. Thanks sebab sudi share. Tengah mencari2 ni mcm mana nak pergi travel bila kat perth nanti. Semua tempat kat perth mesti dia boleh cover kn?
LikeLiked by 1 person
Assalam habib.. Bape hari awk kat sana ye utk pegi suma tempat tu?
LikeLike
Hello Habib.. kalau 3 orang je rasa2nya dia nak tak jd driver guide.. berapa encik ni caj ya? sy nak melawat perth bulan nov ni.. thnak info..
LikeLike
nk tny psl kereta sewa
cara pembayaran mcm mane ye, dgr 2 kene byr pake kad kredit
kalo guna cash bleh x?
LikeLiked by 1 person
Hi Shahrezan,
Untuk kereta sewa selalunya memang kene ad credit card untuk booking. So far yang saya tau memang tak de company yang accept cash.
Mungkin boleh google lagi untuk cari if ada company sewa yang boleh pakai cash 😉
LikeLike
Assalam,
saya akn ke Perth this November, saya mencari student di sana kalau ada kawan di sana boleh share dgn saya.kerana sy ingin memberi hijab saya secara percuma di sana.If ada yg ke perth November muslimah boleh jumpa sy di sana ya.
Aishah Miesha Hijab.
LikeLike
salam sis..
my mum berkerusi roda.. senang tak untuk yang berkerusi roda untuk masuk ke market-market shopping nyer?
LikeLike
Assalam n hai semua
Such a wonderful trip n tqsm gais! Nk pegi january ni so boleh x sesapa share itenary lengkap including suma tempat yg Dmin senaraikan kat atas.. Mohon bantuan.. Tq ye
LikeLike
Thanks for the info. Saya travel 7 -10nov16. Blm book hotel & knderaan lg. Ingat nak book pnginapan dkt dgn airport ,masih survey & planning.
LikeLike
salam..website apa ya utk yg 1 day package tour tu..terimakasih
LikeLike
Assalam …. thanks for the sharing … akak nak pegi next year flight tix dah beli … so, akak ader ample time to prepare for the trip … anyone bleh share itenerary utk 8h7m … TIA
LikeLike
salam and hi, saya akan ke perth next year bulan 5 (solo). nak tanya , is it possible utk saya drive kat sana sebab saya under 21? My friend kata tempat best2 semua jauh2. Thanks
LikeLike
assalam jemput follow blog Aishah Miesha Dibumi Perth
LikeLike
Salam, ada x few cadangan hotel utk stay spjang perjalanan ke caversham – pinnacle – lancelin. sbb perjalanan agak jauh kalau nk buat day trip, plus sy bawak anak kecil.
LikeLike
saya sekeluarga akan ke perth pada pertengahan March 2017.dalam 6 hari. 2 dewasa dan 3 kanak…boleh suggest tempat tinggal yang berpatutan tak? yang strategic for public transportation or senang lagi if sewa kereta..
LikeLike
hai..saya sgt enjoy reading ur story..good notes and rase nk pegi skrg je..saya ade soalan,kalau pergi berdua husband and wife,mana best place to stay?..hotel atau apartment..ade suggestion x?..thanks in advance..:)
LikeLike
saya akan ke perth 2-6nov nnt bersama family besar sy..2014 dh pegi dgn fmily kecik, tula klau ada student2 or individu yg bole jd guide and driver ok juga sbb sy dh arrange sume tempt n transport cuma tggl lg nk plan itinerary tu yg pening n malas pun ade..hehe..so klau sesape ade contact guide bole contact sy ya 016-9199817
LikeLike