Checklist Lengkap Sebelum Bercuti

Persedian sebelum bercuti memang penting. Tak kisah la korang nak bercuti kat luar negara or dalam negara. Banyak perkara yang korang kene pertimbangkan sebelum korang bersuka-ria bercuti okey. Jom semak check list ni supaya korang boleh bercuti dengan lebih aman.

  • Tetapkan tempat percutian idaman korang dulu. Mesti ada banyak tempat yang memang menjadi bucket list korang kan? Tapi jangan tamak, settle satu-satu dulu ok. Korang gak boleh discuss dengan geng travel korang which destination is next. Ha gitew.So bila dah final and confirm korang nak pergi tempat tu ayuh move to step seterusnya.

    DSCF8622

    Gambar ni masa kiterong pergi bercuti di Perth

 

  • Pilih tarikh yang bersesuaian. Tarikh memang penting, kalau takde date, macam mana korang nk book ticket flight kan? So lagi skali, semak betul-betul kalender tu. Make sure date tu tak clash dengan kakak bertunang la, BFF wedding la, final exam la, kalau tak naya je kene cancel semua trip korang tu nanti. Lagi satu, date ni pun kene bersesuaian dengan tempat/negara yang korang nak pergi nant. Let say korang teringin sangat nak rasa main salji dekat korea kan, so kene la make sure date korang tu bersesuaian dengan musim kat sana. Then, ada gak yang nak feeling tengok tulip dekat Istanbul, which will be in April selalunya, kena la make sure in April tu korang available and siap-siap mintak cuti kat boss ok!

 

  • Status perjalanan. Pergh scary gak ni especially untuk student yang buat pinjamam PTPTN. Haha. Yela, kalau nama korang ada dekat black list PTPTN, punah la harapan nak main salji sambil selfie dekat korea tu. Korang boleh check status keluar negara dekat sini. Saat paling mendebarkan masa die tengah loading result lepas korang tekan ENTER. Haha..Cuakkkk hokey!! Kalau semua clear, cantekk lets move to next check list.

 

  • Beli ticket flight! Ha ni paling penting. Ada banyak cara macam mana nak dapatkan ticket flight murah gilos. Rasanya banyak je travel blogger kat luar sana dah share macam mana dapatkan ticket paling murah. For me, this is normally I do.
    • Install app Hopper Flights kat dalam smartphone korang. Apps ni sangat berguna, untuk alert korang if ticket price ke destinasi yang korang dah tetapkan tu naik atau turun. App ni jugak bagus sebab die ada prediction bila harga ticket turun, and bila harga ticket akan naik. App ni akan alert korang untuk semua activity tu. Bagus kan!
    • Try masuk website yang comparekan harga flight macam skyscanner, kayak.com, traveloka dan banyak lagi. Website ni akan bg korang comparison price untuk semua flight yang available ke destinasi yang korang pilih.
    • Pilihan terakhir, korang boleh masuk official website syarikat pernerbangan tersebut macam Air Asia, MAS dan lain-lain, untuk tengok sendiri harga ticket. Korang jugak boleh subsribe newsletter deirong untuk jadi antara orang terawal yang dapat tau promo/sale. Oh yes, jangan lupe untuk sign up member frequent flyer coz each destination yang korang pergi akan dapat points and later points tu boleh tukar or redeem dengan ticket flight, best kan!

12080452_522659131226394_1246524784_n

 

  • Itinerary perjalanan. Lepas dah beli ticket, barulah korang rancang itinerary or things to do korang bila sampai kat sana nant. Ala, buat dalam excel je pun boleh. Tips buat intinerary ni, korang masukkan dulu tempat-tempat wajib yang korang akan lawat, especially yang korang dah booked awal , macam contoh korang dah booked ticket masuk Disneyland untuk date tertentu, so letak siap-siap Disneyland dalam itinerary korang ok. So nanti takde la korang terlupa. Lepas dah masukkan tempat-tempat penting, then hari yang lain tu boleh la masukkan activity lain macam shopping, makan fish and chip paling sedap dekat tempat tu, nak lepak amek gambar sambil minum kopi tepi pantai and melawat kawasan yang tak memerlukan korang beli ticket or book in advance. Lagi satu tips, make sure korang check jugak weather forecast dulu to make sure hari yang korang plan nak buat activity tu tak de la hujan lebat, or salji macam winter wonderland sangat. Itinerary ni merupakan guideline or rujukan korang je bila dah sampai kat tempat tu nanti, so takde la korang buang masa kat sana, baru nak fikir apa nak buat. Sebolehnya ikutla apa yang korang dah plan, but sometimes bila dah kat sana, lain pulak yang jadi. So try to be flexible as long as semua activity or tempat yang korang memang nak pergi dapat cover sepanjang korang ada kat tempat tu ok.
Mel-Syd-itinerary

Sample itinerary

 

  • Book hotel or hostel yang korang dah agree dengan travel mate korang. Ha yang ni penting, book awal jangan last minute. Harga hotel ni pun macam ticket flight. Lagi dekat dengan date travel, lagi mahal harga die. Make sure korang dah survey hotel/hostel yang korang nak book tu berpatutan dengan harga, lokasi yang strategic- lagi bagus kalau dekat dengan transportation hub, senang kalau nak naik train ke, bus or taxi. Make sure korang baca hotel policy bebetul okay. Kalau kat oversea, tak boleh nak sumbat satu family dalam standard room. Satu katil single untuk satu orang concept nya. Kalau korang sampai tepat tu awal and nak check in awal, cube contact pihak hotel at least seminggu sebelum travel date dan maklumkan yang korang akan sampai awal. Selalunya, kalau bilik dah ready, hotel memang kasi je masuk awal. One more thing, sesetengah hotel memang ada mintak deposit melalui credit card. So credit card jangan tinggal tau! Website yang famous untuk book hotel selalunya kiterong masuk Agoda, Booking.com or Trivago. Kalau korang nak review dulu yang hotel or hostel pilihan korang tu ok ke tak, try masuk Tripadvisor and tengok ape traveler lain review pasal hotel tu. Review ni sangat membantu untuk korang membuat keputusan before korang book sesuatu hotel.

 

  • Next check list, apply visa. If negara yang korang nak pergi tu kene pakai visa la, if not terus baca check list no 8.. Kalau kene apply visa, make sure korang ikut semua procedure yang dah di tetapkan. Bawak semua document and make sure korang lengkapkan borang-borang yang berkenaan then boleh la pergi embassy untuk apply visa. Tapi ada negara yang korang tak payah pergi embassy untuk apply visa. Boleh apply terus melalui online. Contohnya kalau korang nak pergi Australia, just apply dekat website immigration Australia or easy eta. Dalam masa 24 Jam korang dah boleh tau result visa tu. Kalau korang x sure yang negara korang nak pergi tu need visa or not, please check here.

    Australian-Visa-Approval-Confirmation---nurlinda84@gmail

    Ni la sample ETA yang dah approve dan terus di hantar ke email korang kalau korang nak pergi Australia

 

  • Saving, saving dan saving sampai la ke saat terakhir sebelum date travel korang. Ha kumpul la duit sebanyak yang mungkin untuk korang memuaskan nafsu shopping especially kalau korang mmg plan nk shopping kaw-kaw kat sana nanti, makan dan jajan-jajan, transportation cost dan entrance fee untuk sightseeing nanti. Make sure korang buat budget betul-betul so tak de la kat sana nant makan megi je. Lepas saving dah agak-agak cukup , korang boleh la pergi tukar duit tu ke matawang negara yang korang nak pergi tu, kalau yang pergi oversea la.

11379763_118089481865402_1379303308_n.jpg

 

  • Checklist seterusnya. Date travel pun dah makin hampir. Make sure segala persiapan luggage, pakaian yang bersesuaian especially if yang pergi melawat negara 4 musim, travel accessories semua korang dah ada. And apa lagi, packing la. Tok sah la dok angkut satu almari. Be smart ok. Kalau boleh korang buat macam jadual harian ape nak pakai, so korang tau la baju ape nak bawak.

 

  • Seterusnya, korang kene print segala mak nenek booking, hotel, alamat hotel, itinerary perjalanan, flight itinerary and online ticket yang korang dah book early. Masukkan dalam satu file and kalau boleh setiap travel mate korang kene ada satu file ni. So senang nanti if apa-apa jadi. Then sipam siap2 dalam beg galas.

 

  • Lagi 2 hari nak travel, kira last minute preparation ni, double check passport korang, VISA semua and letak semua dalam satu beg file kecik yang boleh muat dalam handbeg korang. Ini untuk memudahkan korang nant sewaktu dekat immigration, senangla nak keluarkan passport. Tak de la kene bukak backpack semua. Tapi kalau korang tak pakai handbeg, yang lelaki la kan haha, korang boleh letak document ni dekat bahagian bagpack korang yang senang untuk korang bukak and make sure selamat ok. Kira ni document penting korang kat sana. Your identification kat sana kalau ada ape-ape jadi.

11934822_1648272198765820_335039734_n

  • Finally checklist terakhir, malam sebelum korang nk travel, pastikan semua alatan electronic yang korang nak bawak , telah di charge. Powerbank tu penting tu. Charge powerbank kasi penuh. Memory card camera kasi clear. Kalau boleh bawak spare memory card and battery untuk camera korang. Ye la tak kan la nak bawak laptop nk transfer gambar kan. Check balik passport, flight itinerary semua ada. Duit dah simpan elok2 dalam wallet. Readykan siap-siap baju, shawl, kasut or anything yang korang nak pakai awal, takde la kelam kabut nant cari tali kasut tak jumpa la, kerongsang satu hilang la. Prepare everything early ok. Biarla orang cakap “poyo r ko ni, g Singapore je pon bukan London”. Hek eleh biar la kan. Tu ayat-ayat jeles sebab tak dapat travel tu. Wahahha.

 

So lepas semua check list ni korang dah tick, basically, you are ready to flyyyyyyyyyyy and boleh la bermimpi indah dah. Mimpi, mimpi gak, jangan sampai tak bangun if flight yang early morning tu.

So that’s all my travel checklist. Semua ni based on my experience. Kadang kadang lain orang lain caranya. Mana yang baik kita ikut ok! So sesiapa yg dah ready to fly to, happy holiday peeps!

DSC01192

3 thoughts on “Checklist Lengkap Sebelum Bercuti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s